Kebelakangan ini kita kerap kali dikhabarkan produk-produk seperti
teh rerama, durian belanda, green tea dan banyak lagi dikatakan mampu
merawat dan memulihkan kanser. Produk-produk ini selalunya tumbuh
bagaikan cendawan apabila media sosial seperti surat khabar menyiarkan
berita mengenai kehebatan tumbuh-tumbuhan tersebut.
Disebabkan
masyarakat kita kurang peka dan faham berkenaan isu yang dibawa dalam
media massa, maka kita terpedaya dengan produk-produk yang dikatakan
mampu menyembuh kanser. Malah, penjual produk ini juga menjual barangan
mereka dengan harga yang sgt mahal.
Kami ingin memberikan beberapa isi agar kita semua mampu berfikir samada produk-produk itu benar-benar berkesan ataupun tidak.
1) Tumbuhan yang mampu membunuh kanser secara in vitro(dalam tabung
uji), tidak semestinya mampu membunuh kanser di dalam manusia(in vivo)
Ketika mana kita menjalankan sesuatu ujikaji ubat, kita kena buktikan
keberkesanannya pada 2 tahap iaitu ujian preliminary(ujian yg dilakukan
dalam makmal/in vitro) dan ujian klinikal(yang dilakukan pada manusia/in
vivo)
Ini kerana majority daripada ekstrak tumbuhan ini menjadi
tidak stabil apabila ianya masuk ke dalam badan. Akhirnya, tumbuhan yg
dikatakan mampu merawat kanser sebenarnya tidak pun mampu merawat kanser
kerana apabila masuk je dalam saluran pencernaan, ianya diuraikan oleh
enzyme di dalam badan.
2) Teh rerama, durian belanda dan green tea hanya baru mencapai tahap ujian preliminary sahaja.
Semua daripada tumbuh tumbuhan tersebut baru mencapai kajian bertaraf
preliminary ataupun in vitro sahaja. Maknanya baru diuji dalam makmal
sahaja. Keberkesanannya pada manusia belum lagi teruji.
3)
Apabila sesuatu ekstrak tumbuhan didapati mampu membunuh kanser, para
saintis akan mencari kompoun utama yg manakah yg dikatakan boleh
membunuh kanser tersebut.
Sebagai contoh dalam durian belanda
ataupun dipanggil sebagai Graviola, kompound aktif yang dikatakan boleh
membunuh sel kanser adalah ACETOGENINS.
Disebabkan utk
mendapatkan ekstrak Acetogenins dalam buah durian belanda memerlukan kos
yg tinggi, maka para saintis cuba menghasilkan kompound synthetic. Ini
supaya kos dapat direndahkan dan dos dapat dikawal dengan lebih tepat
ketika mana ujikaji pada manusia dijalankan.
4)Selain daripada
itu, teh rerama yang digunakan tersebut juga merupakan species yang
salah. Species yang digunakan dalam kajian tersebut adalah Christia
vespertilionis(red butterfly wings). Ianya berwarna merah. Daun rerama
berwarna merah ini sahaja yg telah dibuktikan keberkesanannya dalam
membunuh kanser. Keupayaan daun rerama yg berwarna hijau belum lagi
diketahui keupayaannya.
5) Kebanyakkan penjual produk ini menggunakan testimoni untuk menunjukkan produk mereka berkesan.
Mereka hanya mengambil komen2 yang berbaur positif agar masyarakat mempercayai bahawa produk mereka berkesan.
Ini sama sekali melanggar konsep kajian saintifik yang sepatutnya mengambil kira kedua2 belah pihak.
Sebagai contoh, jika ada 100 orang yg kita beri produk tersebut,
sepatutnya feedback tersebut perlu diberi balik oleh 100 org itu. Tetapi
penjual produk selalunya hanya mengambil 10 org yg memberi komen
positif. 90 org yg memberi komen negatif tidak diambil peduli.
Disebabkan itu, testimoni adalah sesuatu bukti yang tidak boleh diterima
pakai dalam membuktikan sesuatu produk itu berkesan ataupun tidak
terutamanya dalam hal ehwal perubatan.
6) Kebanyakkan penjual produk mengenakan harga yang sangat tinggi bagi produk mereka.
Kami bukanlah ingin menjatuhkan mana2 industri produk di Malaysia,
tetapi menggunakan testimoni dan juga kajian yang belum lagi selesai
untuk menarik pembeli adalah sesuatu yang tidak beretika disamping
mengenakan harga yg sangat tinggi.kepada pembeli
7) Di dalam akta
makanan dengan jelasnya telah melarang penggunaan testimoni yang
bertujuan membuatkan orang ramai percaya bahawa produk tersebut boleh
merawat kanser ataupun berfungsi sebagai ubat.
Semua produk ini
telah diklasifikasikan sebagai makanan dan ianya terletak dibawah akta
makanan. Tetapi seringkali kita melihat penjual produk ini mengeluarkan
testimoni2 untuk menarik minat masyarakat membeli produk2 mereka.
Disebabkan perkara2 ini, kami mengklasifikasikan penjual produk yg
menggunakan testimoni dan juga kajian preliminary ini hanyalah mereka
yang cuba untuk mendapatkan keuntungan sahaja.
Jika anda mendapati mereka memberikan testimoni2 seperti ini, kami nasihatkan kepada anda untuk meninggalkan mereka.
Tetapi jika anda hanya ingin beli sebab kemaruk rasa durian belanda, maka silakan.
Harap bermanfaat
RoS