Ditipu Beli Baju Kurung Di Laman Facebook


Ditipu Beli Baju Kurung Di Laman Facebook. Inilah akibat terlalu yakin dengan pembelian dalam dunia maya. Memang banyak sudah kes penipuan yang berlaku dengan pembelian online ini.
 
Lima rakan sekerja ini mendakwa ditipu oleh sebuah kedai pakaian di laman sosial facebook yang menawarkan harga yang murah bagi sehelai baju kurung. Hasrat mereka untuk melaram baju kurung baharu untuk Aidilfitri berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.
 

2 ulasan:

  1. kerana nila setitik , rosak susu sebelanga .


    kerana sorang penjual tak bertanggungjawab tipu duit customer , habis semua penjual yang betul2 berniaga online tu kena tanggung .

    BalasPadam
  2. ishhhishishh. sesal kemudian tiada gunanya.

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox