Jeriktan Bintang Ditelan Lohong Hitam

Pernah dengar bagaimana bunyinya bintang menjerit? Baru-baru ini saintis telah merekodkan bunyi terakhir yang dikeluarkan oleh sebutir bintang yang ditelan oleh lohong hitam, yang diibaratkan sebagai 'quasiperiodic oscillations' jika dibandingkan dengan jeritan manusia. Macam seram bukan?

Ahli astronomi, Jon Miller berkata, "anda boleh menganggapnya sebagai seolah-olah mendengar jeritan bintang ketika ianya ditelan."

Tapi mungkin ada yang bertanya. Untuk menghasilkan bunyi, medium seperti udara diperlukan untuk gelombang udara bergerak dan menghasilkan bunyi. Tapi di angkasa tiada udara dan ianya hanyalah ruang vakum, jadi bagaimana bunyi bintang tersebut boleh dikesan?

Miller menjelaskan bunyi tersebut dikesan apabila bintang tersebut memancarkan isyarat berayun pada frekuensi yang jika ditukarkan kepada sesuatu yang boleh didengar, ianya akan kedengaran seperti bunyi pada note D-sharp yang sangat rendah.

bintang-ditelan-lubang-hitam
Gambaran pelukis mengenai bintang dikoyak dan ditelan oleh lubang hitam di angkasa

Ketika bintang tersebut dikoyak dan dihancurkan oleh lohong hitam, bahan-bahan pada bintang tersebut bergetar sebelum dimakan. Getaran tersebut, menurut saintis adalah merupakan sumber kepada signal yang dikesan melalui teleskop.

Walaupun fenomena yang sama pernah diperhati pada lohong hitam yang lain sebelum ini, namun saintis belum pernah mengesan kejadian yang serupa dari jarak yang sebegitu jauh. Lohong hitam yang dikesan ini berkedudukan kira-kira 3.9 billion tahun cahaya dari bumi.

Berapa jauhnya 3.9 billion tahun cahaya? Bayangkan kita ada kapal angkasa yang berkelajuan cahaya (1,080,000,000 kilometer sejam), masa yang diambil untuk kapal angkasa tersebut untuk sampai ke lohong hitam tersebut adalah selama 3.9 billion tahun. Jauh gila kan?

Begitulah bagaimana luasnya alam yang dicipta oleh Allah ini. Allahuakbar.

Sumber

1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox