Kempen Selamatkan Penyu WWF Gagal Cecah 100,000 Sokongan


Di kempen Says.my mahupun ChurpChurp Malaysia telah lama kempen ini diadakan. Malah di says.my kempen ini masih berlansung sehingga tahun hadapan. Adakah kaki says.my mahupun churpchurp ini hanya mahukan upah semata-mata untuk sebarkan kempen ini ? Klik sini untuk lihat kempen.

Rakyat Malaysia Kurang Prihatin terhadap Kempen Selamatkan Penyu. Rakyat Malaysia hanya pandai bersuara, tetapi tidak cukup kuat untuk bertindak. Kerana itulah, program Selamatkan Penyu WWF akan gagal cecah 100,000 sokongan dari rakyat Malaysia.

Nampaknya perjalanan 100,000 sokongan (pledge) masih jauhhhh lagi. Adakah rakyat Malaysia kurang prihatin soal alam sekitar? Adakah kita lupa sebagai manusia, kita juga perlu bertanggungjawab sebagai khalifah kepada makhluk lain yang hidup di bumi ini ?
Fikirkan baik-baik. Anda blogger yang sering online depan komputer, kenapa tidak memberikan sokongan anda? Apakah alasan anda? Hanya satu klik - tanpa perlu minta seposen pun dari poket anda.
 
Nyatakan sokongan anda: Selamatkan Penyu Kita


0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox