Penerimaan Lagu Tema Hari Merdeka ke-55 Janji Ditepati


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Ini lah Lirik lagu kemerdekaan ke 55 ni. Aku pun tak tahu dimana maksud kemerdekaan dalam lagu ni. Yang aku nampak hanya Politik. Dari segi tema mahupun lagu secara jujur memang aku menolak, dan inilah yang pertama aku tolak.

Jika kita lihat kat Youtube pun amat sadis (sedih) sekali dari segi komen mahupun like, semuanya tidak menerima lagu ini sama ada yang pro kerajaan mahupun yang anti kerajaan.Semakin hari bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah. Antara top kemen ye ialah :-

Ini mungkin akan masuk buku sejarah sekolah anak saya bila dia besar nanti. Kerajaan 55 tahun tumbang hanya kerana sebuah lagu jelik daripada seorang menteri suka berbahasa indah tetapi lupa erti cintakan negara. Sedang rakyat bersemangat patriotik tinggi dan sensitif dengan isu politik, dia reka pula lagu menyereng seolah-olah BN memiliki Malaysia dan bukan Malaysia memiliki BN. 'kenapa BN kalah papa?"..."BN kalah kerana Rais Yatim buat lagu bodoh"


 
 
# Kalau ye pun nak berkempen usahlah politikkan yang tidak sepatutnya buat rakyat bertambah benci..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox