Sleep Paralysis Fenomena Ditindih



Menurut medik, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak disebut sleep paralysis alias tidur lumpuh (kerana tubuh tak boleh bergerak dan serasa lumpuh).

Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekuat-kuatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. Hal inilah yang dimaksudkan "ketindihan" makhluk halus oleh sebahagian besar orang.

Yang menarik, saat tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat susuk atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.

Sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM). Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbagi dalam 4 tahap. Saat keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahapan tidur yang seharusnya. Jadi, dari keadaan sedar (saat hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, lalu langsung melompat ke mimpi (REM).
Punca-punca sleep paralysis:
1. Tidor dalam posisi terlentang terlalu lama sangat
2. Jadual tidur tidak menentu
3. sleep/rest deprivation tak ckup tido
4. Stress yang melampau
5. Pertukaran gaya hidup secara mendadak...dari seorang yang lemau kepada yang aktif 

sumber diringkaskan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox