Asia Tenggara Semakin Kaya


Tidak keterlaluan untuk kita nyatakan bahawa kuasa ekonomi dunia telah berubah dari Barat ke Timur. Perkara ini dapat dibuktikan lagi apabila hari ini negara-negara di rantau Timur dan Asia Tenggara menjadi semakin kaya, membangun serta berkuasa dan pencapaian itu adalah satu sejarah kerana ia tidak pernah dicapai sebelum ini.Negara-negara ini kini menguasai satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan angkanya juga meningkat hari demi hari.

Negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand kini sedang mengalami perkembangan ekonomi ketika negara lain pula terpaksa bergelut dengan keadaan sebaliknya kerana ekonomi dunia yang bergerak perlahan. Ini menunjukkan yang kita sebenarnya mewaikili banyak lagi negara Asia lain yang bukan sahaja mengalami perkembangan ekonomi tetapi juga sedang giat berusaha meliberalisasikan ekonomi, meningkatkan pasaran modal dan memberi fokus kepada pelaburan di industri yang dapat memberi manfaat kepada negara. Ini sekali gus menjadikan kita lebih kukuh dalam suasana ekonomi dunia yang cukup terdedah kepada pelbagai risiko. 



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox