Bakteria Menghasilkan Emas Tulen



Dua orang profesor, Adam Brown dan Kazem Kashefi di Michigan State University telah menemui bakteria yang boleh menghasilkan emas tulen 99.9% dalam eksperimen mereka. Mereka telah menggabungkan bakteria, metallidurans cupriavidus dan klorida emas untuk menghasilkan emas tersebut. Klorida Emas tidak mempunyai nilai sebenar dan ianya cecair kimia toksik yang ditemui dalam alam semula jadi dan apabila ia ditambah kepada bakteria, bakteria menelan semua toksin dan sisa cecair. Kemudian sepanjang minggu, bahan toksik menjadi pepejal 24-karat emas. 

Para penyelikdik tersebut percaya yang mereka ciptakan itu berlaku secara semulajadi tanpa gangguan manusia. Kashefi menamakan proses yang mereka gunakan untuk membuat emas “mikrob alkimia” adalah “mengubah emas dari sesuatu yang tiada harga ke logam pepejal yang berharga.” Kilang yang digunakan mereka adalah lebih kepada kerja seni sehinggakan mereka menamakan ia “The Great Work of the Metal Lover.” Kerja mereka juga telah mendapat sebutan terhormat di seni konvensyen siber, Prix Ars Electronica. Jika ianya dapat diusahakan secara besar-besaran kaya rayalah mereka ni dan turunlah harga emas nanti.

 
 
Sumber : says.my NEWS

1 ulasan:

  1. wah..nak bela bakteria banyak-banyak lah..kayooo :p

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox