Kajian Terjunan Dari Angkasa Lepas


Terjunan Felix Baumgartner dari angkasa lepas bermuda dari jam 8.00 malam semalam waktu Malaysia hingga 1 pagi. Felix Baumgarnter akan mencuba lagi sekali untuk terjun daripada kedudukan 120,000 kaki daripada tanah selepas gagal pada tahun lepas. Kajian ini memang diangap gila tetapi membantu kajian sains dalam mengumpulkan data yang akan membolehkan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa. Terjunan ini dijangka mencapai had laju sehingga 1,100 kilometer sejam.

Siaran langsung juga boleh ditonton di youtube melalui saluran Red Bull Stratos dan misi ini berjaya. Sekarang dah habis tak leh tengok dah. Menurut YouTube, seramai 8 juta penonton menontonnya pada waktu yang sama melalui siaran langsung yang dilakukan pada saluran RedBull di YouTube. Namun, angka keseluruhan penonton untuknya tidak dikeluarkan oleh pihak YouTube buat masa ini.

Daripada misi yang memfokuskan untuk pengumpulan data berkaitan yang akan membolehkan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa itu, antara angka yang dicatatkan adalah termasuk:

  • Terjunan paling tinggi dari platform, pada ketinggian 128,100 kaki.
  • Kelajuan pecutan maksimum : 833.9 mph (Mach 1.24)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox