Malaysia Tenaga Boleh Diperbaharui


Malaysia mensasarkan 5.5 peratus penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, menjelang 2015, dan pada tahun 2020, angka itu mahu ditingkatkan kepada 11 peratus.

Sasaran itu, kata Perdana Menteri, dijangka mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon, seperti yang dijanjikan pada Persidangan Iklim Copenhagen.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
"To get there, we have created support mechanisms, including the feed in tariff, which pays a premium rate for green electricity. It is estimated that renewable energy will create RM70 billion worth of economic activity by 2020, and support 50,000 jobs. It will also avoid 42.2 million tons of carbon emissions, around 40% of the reduction I promised at Copenhagen".

Perdana Menteri melancarkan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko ke-3.

Tempoh 8 tahun akan datang, dikatakan kritikal kepada Malaysia, kerana bukan saja perlu memastikan pengurangan karbon, tetapi perlu menjana pendapatan perkapita 15 ribu Dolar Amerika.

Penggunaan tenaga yang efisien, juga boleh membantu negara menjimatkan 14 billion ringgit dalam pendapatan negara kasar menjelang tahun 2020.

1 ulasan:

  1. You might be qualified for a new solar energy program.
    Click here to discover if you qualify now!

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox