Planet Berlian Ditemui Di Galaksi Kita


LONDON - Sekumpulan ahli astronomi telah menemui sebuah planet berlian selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar. Planet ini, berjarak sekitar 4,000 tahun cahaya dari Bumi, jauh lebih padat dari yang lain dan sebahagian besar terdiri daripada karbon. Kerana kepadatannya, ahli astronomi menganggarkan bahawa karbon ini sejernih kristal, bahkan tidak jauh beza dengan berlian.

Planet eksotik ini mengorbit di sekitar sebuah bintang yang telah mati akibat supernova dan disebut sebagai millisecond pulsar baru atau bernama PSR J1719-1438. Ketua saintis dari Universiti Swinburne di Melbourne, Matthew Bailes, mengatakan bahawa planet ini memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar dari bumi.

Planet Berlian

"Kami sangat yakin bahawa planet itu memiliki kepadatan 18 kali ganda dari air," kata Bailes, seperti yang dilaporkan oleh National Geographic, 25 ogos 2011 lalu." Ini bermakna planet ini tidak diperbuat daripada gas seperti hidrogen dan helium seperti kebanyakan bintang lain, namun ia diperbuat daripada elemen-elemen yang lebih berat seperti karbon dan oksigen sehingga terasnya bertukar menjadi kristal berlian sebesar planet," kata Bailes.

Bailes dan ahli kumpulannya membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop radio di Observatorium Parkes, Australia. Pulsar merupakan sebuah bintang mati yang memancarkan sinar gelombang radio yang kuat dari terasnya. Apabila sinar-sinar tersebut melintasi pandangan dari Bumi ketika ia mengorbit, teleskop radio di Bumi dapat mengesan gelombang denyutan bintang mati itu."Dengan semakin canggihnya teknologi komputer, kami yakin akan menemui lagi planet seperti ini," kata Bailes. 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox