Hutan Lipur Gunung Senyum

Hutan Lipur Gunung Senyum | Mitos Gunung Senyum | Misteri Gunung Senyum | Kajian Gunung Senyum | Sejarah Gunung Senyum | Puteri Gunung Senyum



Hutan Lipur Gunung Senyum Kuala Krau - Mula dibagunkan pada 14 Julai 1989 dan telah diuruskan oleh Pejabat hutan Daerah Temerloh, Jabatan Hutan Pahang. Hujan Lipur ini terkenal dengan gua-gua yang penuh misteri seperti Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman 1 dan 2, Gua Danau Impian, Gua Makam Tok Long, Gua Silat, Gua Gajah,dan banyak lagi.

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak di Kuala Krau dalam Hutan Simpan Jengka. Ia mempuyai keluasan 194 hektar dan terdapat dua buah gunung iaitu Gunung Senyum dan Gunung Jebak Puyuh ( Gua Jebak Puyuh ) yang terletak tidak jauh dari Gunung Senyum kira-kira 45 minit dari gunung senyum dengan berjalan kaki. Tinggi Gunung Senyum dari paras laut ialah 1.594 kaki puncak tertinggi di daerah Temerloh. Manakala tinggi Gunung Jebak Puyuh pula ialah 1180 kaki.

Gunung Senyum Dari Jauh, Imaginasi dan lihat bentuk apa yg nampak

Nama Gunung Senyum
Kenapa diberikan nama sebagai Gunung Senyum, ini kerana bentuknya seperti kepala orang yang sedang senyum dalam keadaan berbaring.

Mitos Gunung Senyum
Diceritakan dari mitos penduduk setempat. Tok Long telah berkahwin dengan Puteri Gunung Senyum atau Orang Bunian yang tinggal di Gunung Senyum. Setelah mereka berkahwin, Tok Long meminta izin isterinya iaitu Puteri Gunung Senyum untuk pulak ke kampung halaman yang terletak di Kuala Krau. Maka diizikan dengan syarat hanya pulang selama 1 purnama (sebulan) *Jika tak silap admin 1 purnama. Dengan  gembiranya pulanglah Tok Long ke kampung halaman. Tanpa disedari Tok Long telah berada di kampung lebih dari sebulan, lalu Tok Long teringat akan perjanjian dengan isterinya lalu beliau bergegas pulang kembali ke Gunung Senyum. Setelah Tok Long tiba di gunung senyum beliau dapati isterinya sudah tiada, selepas kejadian itu juga Tok Long tidak lagi pulang ke kampung halaman sehingga beliau meninggal di Gunung Senyum.

Kajian Gunung Senyum
Menyikut kajian Gunung Senyum merupakan sebuah Pulau pada jutaan tahun lalu. Ini dapat dibuktikan dengan Gunung Senyum terletak di tanah pamah dan pasir di kawasan tersebuat ialah pasir laut. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga fosil-fosil seperti kulit kerang, batu karang dan kehidupan laut yang lain di gunung senyum.


Gua Terang Bulan - antara gua yang tercantik di gunung senyum

Makam Tok Long
Batu Karang di Gunung Senyum
Puncak Gunung Senyum


0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox