NASA - Kiamat 21hb Disember Tidak Akan Berlaku


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21hb Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.

Walaubagaimanapun, Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut dan palsu kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia. Menurut NASA lagi, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang.
“Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri,” kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik NASA.
Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.
“Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas,” kata Morrison.
Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox