Objek Misteri 7 Pasang Sayap Di Gua Sabah


Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteri yang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.

Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.

Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.

Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.

Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.

Jabatan Hidupan Liar Sabah Akan Jalankan Kajian Terperinci

7 ulasan:

  1. Haiwan apakah itu?? err..pelik bebenor..raksasa kelawar mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raksasa ?
      Tak mungkin hanya bersaiz 5 ke 15 cm sahaja

      Padam
  2. aku first sekali penah dengar benda nie dekat TV1 ada gak cr video tapi tak jumpa..kalau ada video share lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video boleh cari kat TONTON atau kat tv3.com.my

      Padam
  3. Binatang ni telah dijumpai di usa pada thn 1998 oleh seorang fotographer professional. Kajian secari teori telah dijalankan kerana gagal menangkap binatang tersebut bahkan bangkainya juga tidak ditemui. Persatuan saintifik antarabangsa tidak boleh mengiktiraf penemuan haiwan tersebut tanpa bukti2 kukuh. Teori yang telah dikemukakan adalah seperti berikut; tergolong dlm species sotong krn keupayaan menggunakan air dan udara utk bergerak laju. Boleh bergerak di udara dan air kerana gerakan laju menghasilkan medan dikeliling badannya. Fosil yg lebih besar telah ditemui menyerupai haiwan tersebut yg hidup di dalam laut. Haiwan ini tidak mempunyai tulang hanya membrane lembut yang cepat mereput apabila mati. Diberi nama myterious rod oleh para pengkajinya kerana nama rasmi tidak dapat direkodkan.

    BalasPadam
  4. Bace ni nnt baru korang tau

    http://www.xenophilia.com/zb0001.htm

    BalasPadam
  5. haiwan baru???

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox