Penerimaan Rakyat Terhadap Syarat Rebat Telefon Pintar 3G


Selepas SKMM mengeluarkan syarat permohonan rebat RM 200 telefon pintar 3G beberapa hari lalu. Ramai belia tidak berpuas hati.

Syarat pertama ialah Belia yang berusia 21 hingga 30 tahun sahaja. Syarat ini masih lagi boleh diterima semua belia walaupun umur belia di Malaysia bermua 15 tahun hingga 40 tahun (jika tidak silap)

Syarat kedua yang menjadi isu ialah hanya telefon berharga RM500 kebawah sahaja. Syarat ini memang ramai tidak berpuas hari kerana gadget impian meraka yang diimpikan tidak boleh mengunakan rebat. Bagi penulis kerajaan memang tumpukan pada belia yang benar-benar tidak mampu seperti pelajar. Jika anda mampu beli telefon pintar yang beribu harganya sudah tentu anda berkemampuan untuk memiliki telefon pintar sedangkan rebat hanya RM200 sahaja.

Syarat ke tiga merupakan syarat yang paling tidak diterima belia, lebih-lebih lagi yang betul-betul tidak berkemampuan. Syaratnya ialah Wajib melanggan dengan pelan data. Bagi yang tidak berkemampuan sudah tentu tidak mampu untuk melanggan pelan data yang mungkin bersyarat untuk beberapa tahun. Rebat RM200 ibarat tidak berbaloi lebih baik beli terus tanpa rebat dan tanpa pelan data lebih menjimatkan.

Daripada melanggan pelan data yang mahal dan perhidmattan yang lembab dan tidak menyeluruh lebih-lebih lagi di kawasan perdalaman. Lebih baik mengunakan perhimatan data awam. Melanggan pun ibarat tidak melanggan.

Diharapkan pihak berwajib kaji semula syarat permohonan rebat ini.

1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox