Earth Hour Dan Konspirasi Yahudi

Benarkah Earth Hour adalah Konspirasi Yahudi ?
Adakah Earth Hour Berasal Dari Yahudi ?
Sebelum kita nak kata Earth Hour ini konspirasi yahudi kita lihat dulu dari mana ia datang. Earth Hour mula-mula dilancarkan pada 2007 di Sydney, Australia. Earth Hour memberi ruang kepada dunia untuk sejuk buat seketika setelah menahan suhu yang tinggi setiap hari. Dalam program ni, kita disarankan untuk menutup peralatan elektrik yang mehasilkan haba selama sejam dengan tujuan untuk mengurangkan suhu persekitaran. 

# Australia orang yahudi kah? Jika anda kata ya Yahudi anda tidak tahu siapa Yahudi itu sebenarnya.

Pengunaan Lilin Sebagai Upacara Keagamaan Kristian
Adakah benar pengunaan lilin adalah upacara keagamaan kristian? Dalam Islam tidak salah mengunakan lilin dan lilin merupakan kegunaan harian masyarakat Islam pada masa dahulu. Malah sekarang ini pun masyarakat Islam tetap mengunakan lilin. Earth Hour tidak mewajibkan pengunaan lilin. Kebanyak tempat di Malaysia mengunakan lampu LED yang lebih mesra alam dan tanpa hydrocarbon apabila meyambut  Earth Hour. Terserah pada niat nak buat upacara keagamaan mahupun hanya untuk tidak bergelap.

Earth Hour Buat Waktu Malam Cara Halus Yahudi Jatuhkan Islam
Kenapa buat waktu malam? Waktu malam adalah masa yang sesuai untuk sejukkan bumi. Siang hari dah memang panas bukan. Solat waktu malam makruh. Tak salah nak buka lampu seketika.  Earth Hour bukanlah wajib bergelap sepenuhya. Hanya kurangkan pengunaan.

Pemanasan Gobal Hanya Penipuan
Sebelum kata sesuatu lebih baik mencari jawapannya dahulu bukan. Jika tidak ia fitnah. Disini mari kita lihat siapa yang tipu dan yang tertipu. Terdapat dua pendapat para sainstis yang berbeza dan berlawan.  

Pendapat golongan pertama saintis menyatakan pemanasan global adalah tidak benar dan mitos sahaja. Meraka berpendapat bahawa pemanasan global ini adalah tidak berlaku dan ia berlaku secara semula jadi. Tiada bukti saintifik bahawa manusia adalah penyebab kepada pemanasan global. 

Pendapat golongan kedua sainstis menyatakan pemanasan global kerana peningkatan gas kabondioksida dan penurunan gas oksigen disebabkan pokok yang semakin berkurang. Kajian membuktikan bahasa gas oksigen bersifat sejuk dan cabondioksida bersifat panas. Pengunaan tenaga haba yang tinggi menyebabkan cas negatif semakin meningkat. Penipisan lapisan ozon disebabkan dari kekurangan gas oksigen dan pengunaan gas chlorofluorocarbon (CFC).


# Siapa yang tidak kenal siapa sebenarnya Yahudi ni [sila baca sini]

# Akan dikemas kini dari masa kesemasa apabila ada fitnah baru, sekian.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox