Malaysia Bakal Tenggelam Pada 2022

 
Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
 
# Harap semua bertangungjawab dan menyokong kempeng pihak berwajib seperti Hari Bumi Seduni, Earth Hour dan sebagainya. Diharapkan juga tiada lagi orang islam yang Yahudi kan niat murni pihak berwajib yang kata pemanasan global ini adalah tipu. Tanam la pokok banyak-banyak, jangan selagi ada tanah,selagi itu lah nak besarkan rumah. Yang mana ada tanah tu, bertuah lah anda. Gunakanlah tanah tesebut sebaiknya. Bukan dengan cara yang salah.
 

1 ulasan:

  1. pemansan global ni benda yg serius...harap2 semua org dapat kesedaran dan bagi kerja sama utuk jg bumi ni...Allah dah bg pinjam..sila hargai dan jaga tanda kita bersyukur...gud info..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox