Permohonan BR1M 2.0 Dilanjutkan


BACHOK 5 Jan. - Permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan dilanjutkan sehingga 15 Januari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, lanjutan permohonan itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang layak termasuk golongan bujang yang masih belum mengisi borang berkenaan mempunyai peluang mengemukakannya.

Beliau berkata, tempoh lanjutan itu juga perlu bagi membolehkan rakyat di kawasan pendalaman yang tercicir berpeluang sama-sama menikmati bantuan ini.

Menurutnya, sehingga kini proses pengumpulan data mereka yang layak telah dilaksanakan bagi membolehkan agihan dilakukan secara menyeluruh bermula awal Februari depan. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox