Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2013/2014

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2013/2014 | Sukacitanya,dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke IPTA Sesi 2013/2014  bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM,STAM,Diploma atau setaraf dengannya akan dibuka mulai  7 Januari - 15 April 2012. Untuk membuat permohonan pelajar di kehendaki membeli No Unik ID di BSN dengan harga RM 10.60 sahaja untuk melayakan diri anda untuk memohon.


Kemasukan adalah untuk:
i) Lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
ii) Lepasan STPM/Setaraf - September 2013

Syarat am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
  • Semua program Asasi di UIAM
  • Semua program Asasi Sains di UM
  • Semua program pengajian di UiTM
  • Semua program Asasi di UNIMAS
Pelajar juga boleh melihat e- Panduan Kemasukan ke IPTA melalui link ini untuk memudahkan proses permohonan.

Untuk membuat permohonan kemasukan ke IPTA pelajar boleh melayari laman sesawang http://upu.mohe.gov.my/.

zulaeriazz.my

1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox