Popcorn Membahayakan Kesihatan

Tahukah anda dengan memakan popcorn boleh mendatangkan penyakit kepada anda?

Sebenarnya kesannya bukan hanya apabila anda memakan popcorn ni. Hal ni terbukti apabila seorang usahawan yang mengusahakan jualan popcorn di Missouri, Amerika Syarikat telah disahkan mengalami masalah paru-paru dan doktor telah mengesahkan hanya 20 peratus daripada paru-parunya yang masih berfungsi. Penyebab utamanya ialah berpunca daripada menghidu popcorn yang dipanggangnya menggunakan microwave. Mungkin ini merupakan kesan jangka masa yang panjang.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Amerika Syarikat sendiri. Puncanya adalah daripada zat kimia Diacetyl, sebuah bahan yang digunakan di dalam margerin dan telah digunakan di dalam proses menghasilkan popcorn.

Popcorn boleh menjadi makanan yang berbahaya jika aromanya dihidu setiap hari. Tetapi, jika dimakan sesekali tidak mengapa. Sekadar berkongsi sedikit maklumat mengenai makanan ringan kegemaran ramai ini.

1 ulasan:

  1. aroma dia ja dah effect ek.. bhaya btol ni.. kena soh adik brenti kje kat tgv. huhu

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox