Teori Sains Pembentukan Laut

Pernahkah kita terfikir bagaimana lautan boleh terbentuk?
Bukankah seperti yang kita ketahui bumi ini pada sekitar 500 juta tahun dahulu merupakan sebuah daratan yang sangat luas, kering tanpa diliputi air. Tetapi kini, bumi merupakan satu-satunya planet yang memiliki air yang cukup banyak jika dibandingkan dengan planet-planet lain. 

Apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana laut itu terbentuk dan bilakah pembentukan itu berlaku? Ada kenyataan para saintis yang mengatakan bahawa lautan terbentuk berpunca daripada hentaman meteor daripada luar angkasa. 
Kesan daripada hentaman meteor ke bumi dikatakan menjadi punca kepada kemusnahan zaman dinosaur dan seterusnya membentuk kawah yang seterusnya membentuk lautan. Sehingga kini, masih belum ada bukti yang jelas untuk menyokong pendapat saintis ini yang berpendapat laut terbentuk berpunca daripada hentaman meteor. Bahkan, jika kita fikirkan secara logik, jika laut itu terbentuk akibat hentaman meteor, sudah pasti permukaannya berbentuk kawah, tetapi tiada satu pun laut di muka bumi ini berbentuk kawah.

Persoalan lain yang timbul ialah mengapa air laut masin berbeza dengan air sungai?
Ini kerana, di laut berlakunya penguraian kimia sementara air sungai pula sentiasa mengalir ke laut. Proses penyejatan yang kerap berlaku selama berjuta-juta tahun meninggalkan bahan kimia yang tidak tersejat di dalam laut dan menyebabkan air laut menjadi masin sehingga sekarang.
Mengikut fakta sains yang dikeluarkan oleh para saintis, bumi diliputi oleh air sebanyak 71 peratus manakala bakinya 29 peratus merupakan daratan. Lebih daripada separuh muka bumi ini terdiri daripada lautan. Subhanallah. Jika difikirkan kembali, hanya dalam sekelip mata, lautan itu boleh menenggelamkan daratan. Di lautan sendiri terdapat begitu banyak makhluk yang mendiaminya.
Masih banyak yang belum kita terokai. Di dalam Al-Quran, laut disebut sebanyak 32 kali manakala daratan disebut sebanyak 13 kali. Jika dihitung, jumlah lautan + daratan. (32+13=45). untuk mendapatkan peratusan lautan. (32 x 100 dan bahagikan dengan 45) jawapannya adalah 71. manakala daratan pula (13 x 100 bahagi 45) jawapannya adalah 29. Seperti yang dinyatakan oleh para saintis, 71 peratus adalah lautan manakala bakinya 29 peratus adalah daratan. 
BAGAIMANA PEMBENTUKAN LAUT BERLAKU?  

1 ulasan:

  1. It's really a nice and useful piece of info. I'm glad that you shared
    this helpful information with us. Please keep us up to date like
    this. Thank you for sharing.
    Feel free to visit my blog post - wedding cars cheshire

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox