Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar


Lebih 5, 500 orang belia yang berusia dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk mendapatkan rebat 200 ringgit Pakej Komunikasi Belia, PKB (Pekej Komunikasi Belia), untuk pembelian telefon pintar pada hari pertama pendaftarannya dibuka, 1hb Jan lalu.

Skim PKB itu dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi sambutan yang menggalakkan itu menunjukkan masyarakat khususnya golongan belia bersedia bergerak dalam zaman teknologi maklumat, ICT, dan menerima perkembangan teknologi dunia internet.
 

Kemas kini terbaru semalam kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 Jika sebelum ini hanya berharga RM 500 kebawah dan yang terpilih sahaja bagi mereka yang berkelayakkan. SKMM turut memaklumkan pihak penyedia perkhidmatan masih mengemaskinikan senarai ejen-ejen mereka di laman sesawang masing-masing.

Para belia yang telah mendaftar juga dinasihatkan untuk membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara atas talian dari jam tujuh pagi hingga 11 malam.

kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 bagi mereka yang berkelayakkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox