Asteroid 2012 DA14 Telah Melepasi Bumi

Salah satu asteroid yang dinantikan ramai yang mana dikenali dengan nama 2012 DA14 telah pun lalu melepasi Bumi 16hb lalu, sekaligus menjadikan ia objek yang paling rapat melalui bumi pada saiz sebesarnya.

Asteroid 2012 DA14 dikatakan bersaiz lebih kurang menyerupai saiz separuh padang bola sepak, telah pun lalu melepasi Bumi pada jarak lebih kurang 27,700 km. Tiada sebarang kesan atau impak daripadanya dilaporkan buat masa ini.

Ia dikatakan asteroid seumpama 2012 DA14 akan melalui Bumi pada jarak sebegitu lebih kurang 40 tahun sekali. Walaubagaimanapun, mengikut beberapa jangkaan, ia dikatakan satu lagi asteroid, dinamakan sebagai Apophis akan lalu melepasi Bumi pada April 2029 kelak.

Ketibaan asteroid 2012 DA14 ini juga dikejutkan ramai, apabila sehari sebelumnya, hujan meteor berlaku di Russia, sekaligus mencederakan ratusan orang di sana. Namun, ia dilaporkan, hujan meteor di Russia dan juga asteroid 2012 DA14 tidak berkaitan memandangkan arah gerakan kedua-duanya yang berbeza.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox