Perbezaan Teknologi Tanpa Wayar 1G, 2G Dan 3G



1G ( Generasi Pertama )

1G merupakan singkatan kepada generasi pertama. Telefon bimbit bermula dengan sistem secara selular yang hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain.

Konsep telefon selular bermula pada 1947, apabila penyelidik memerhatikan untuk mencipta telefon kereta. Bagaimanapun tiada teknik yang sepatutnya dapat digunakan ketika itu.

Sistem 1G pertama yang dikenal pasti, beroperasi di Amerika Syarikat (AS) iaitu pada 1978 dengan tahap keupayaan 30 kilohertz (kHz), namun dikatakan kurang berkesan dari segi keperluan radio spektrum dan hanya menempatkan beberapa panggilan terhad dalam satu-satu masa.

Manakala NMT 450 atau Nordic Mobile Telephone System yang menggunakan gelombang 450 MHz, adalah sistem saluran telefon selular secara komersial di Eropah sekitar 1981. Diikuti pula United Kingdom yang mula memperkenalkan sistem TACS atau Total Access Communication System.

2G ( Generasi Kedua )
2G ialah singkatan untuk "teknologi telefon wayarles generasi kedua". Perbezaan utamanya dengan sistem-sistem telefon bimbit yang dahulu (kini digelar 1G) adalah bahawa 2G mempergunakan isyarat digital manakala 1G menggunakan isyarat analog. Perkhidmatan 2G seringnya dirujuk sebagai Perkhidmatan Komunikasi Peribadi (PCS: Personal Communications Service) di Amerika Syarikat.

3G (Generasi Ketiga)

3G, singkatan untuk "Generasi Ketiga", ialah piawai dan teknologi telefon bimbit generasi ketiga yang menyusuli 2G. Rangkaian 3G merupakan rangkaian telefon bimbit kawasan luas yang berkembang sehingga merangkumi capaian internet kelajuan tinggi serta juga telefoni video. Ia merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba. Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G. Sebaliknya, rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data.

Teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, persidangan video langsung, pelayaran laman sesawang, e-mel, dan pemesanan segera. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka. Dilancarkan lebih dahulu di Jepun dan Korea Selatan, lebih daripada 50% pelanggan telefon bimbit di kedua-dua negara itu menggunakan 3G. Bagaimanapun, antara 3 bilion langganan telefon bimbit di seluruh dunia, hanya 6.7% menggunakan 3G. Menurut Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat, 100 buah rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun 2005. Di Malaysia, syarikat Ericsson Malaysia merupakan syarikat yang pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut yang dilakukannya pada tahun 1998 menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai langkah untuk mempromosikan teknologi ini.

Rujukan : 



 




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox