Resepi Kejayaan - Fakta Atau Motivasi Semata mata




5 keping ketekunan
2 sudu besar kerajinan
50 gram ketawan ( dihiris halus )
5 sudu besar sos iktiar
...
...
...



Adakah ini resepi kejayaan sebenar. Jika salah sukat terlebih atau terkurang sudah pasti tak sedap bukan. Dengan kata lain GAGAL.

Bagi pendapat penulis ini bukanlah resepi kejayaan yang sebenarnya. Ini hanyalah motivasi semata mata. Jika benar, bagaimana untuk sukat ketekuan, kerajinan mahupun yang lain-lain.

Pada zaman sains dan teknologi sekarang tidak lagi sesuai beri motivasi dengan cara sastera. Motivasi juga perlu ikut arus pemikiran semasa. Motivasi juga perlu beri dengan cara berinovasi dan logik. Supaya pemikiran anak muda dapat berfikir dengan cara inovasi dan logik yang tinggi tidak hanya pada sastera semata-mata.

Pemikiran anak muda sekarang juga sudah berbeza dengan dahulu. Ini kerana pemikiran mereka lebih kepada logik yang boleh lihat dengan bukti di depan mata, bukan dengan sastera hanya nampak disudut imaginasi sahaja.

Apabila seseorang itu berfikiran secara logik (Otak Kiri) secara automatik ia berfikir secara imaginasi (Otak Kanan). Apabila kira ajar mereka dengan pemikiran logik (Otak Kiri) kita juga ajar mereka sastera atau imaginasi (Otak Kanan) 2 dalam 1. Jika sebaliknya apabila seseorang berfikir secara imaginasi seseorang itu tidak boleh nampak logik. Apa yang nampak itulah faktanya tiada logik. Cara untuk memberi motivasi baru yang inovasi pada hari ini sangat perlu. Bagaimanakah caranya ?

Secara jujur penulis tak suka motivasi seperti ini, tiada logik. Berilah motivasi yang boleh nampak di depan mata.

Maaf la pada ilmuan sastera. Penulis berfikiran kiri memang fikir logik sahaja. Kekuatan untuk seseorang berjaya terletak pada diri sendiri.

 





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox