Storm Bullet System - Teknologi Penjimatan Petrol Tempatan



MELAKA 15 Jun - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan membantu mengkomersilkan alat penjimatan minyak petrol kenderaan dikenali sebagai storm bullet system yang dicipta seorang mekanik tempatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, alat ciptaan Afendi Ibrahim, 42, itu dilihat berpotensi untuk dimaju serta dikomersilkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata, alat berkenaan telah dipasang pada lebih 1,000 kenderaan termasuk kereta mewah tanpa sebarang aduan oleh pelanggan.

"Kementerian melalui Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) akan menjalankan penyelidikan terhadap reka bentuk yang lebih sesuai dan membantu memasar serta mempatenkan alat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bengkel milik Afendi di Taman IKS Duyung di sini hari ini.

Katanya, inisiatif itu merupakan usaha turun padang MOSTI membantu mengkomersilkan penyelidikan sekali gus mencapai sasaran memasarkan 360 produk inovasi dalam tempoh lima tahun ini. 

Dalam pada itu, Afendi berkata, alat yang dicipta pada 2007 itu berfungsi menyedut serta mengumpul angin semula jadi bagi membantu menolak omboh enjin sehingga menjadikan pergerakan kenderaan lebih lancar. 

Beliau yang merupakan bekas anggota tentera berkata, alat tersebut mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol sehingga 50 peratus dan dipasang dengan kos RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada jenis kenderaan. - BERNAMA

Ciri - Ciri Storm Bullet System

Storm Bullet System adalah satu alat ciptaan saya hasil daripada ilmu dan lapan (8) tahun pengalaman di dalam bidang automotif. Alat ini telah digunapakai kepada pelbagai jenis enjin kenderaan lebih dari dua (2) tahun dan ianya didapati tidak menimbulkan kesan tidak baik ke atas enjin kenderaan tersebut. Pelbagai kajian dan pembangunan telah dilakukan sebelum alat ini diperkenalkan kepada umum.

Fungsi dan Operasi
Fungsi utama alat ini tertumpu kepada pemilik kenderaan kerana ia dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol, meningkatkan prestasi enjin dan menambahkan daya cengkaman brek kenderaan. Alat ini bertindak seperti menyedut serta mengumpul angin semulajadi. Kemudian diproses mengikut tahap kepanasan enjin bagi menghasilkan satu tekanan udara mampat, pantas serta tajam bagi membantu menolak omboh enjin turun dan naik menghasilkan pergerakan kenderaan menjadi lebih lancar, prestasi enjin lebih baik, tahap kelajuan dan cengkaman brek kaki juga bertambah baik.Selain itu alat ini tidak akan mengubah mana – mana system asal pada enjin kenderaan terutamanya Unit Kawalan Elektronik “ECU”.

Prestasi enjin
Alat ini sangat efektif dan berkesan dimana apabila kelajuan kenderaan memecut, banyak kuasa kuda dihasilkan dan mengerakkan kompenan-kompenan pada enjin kenderaan menyebabkan kenderan bergerak dengan pantas dan cepat pada jarak dekat. Secara umumnya enjin kenderaan sedia ada hanya dibekalkan udara ke ruang pembakaran dengan kuantiti yang sedikit dan kurang mampat, ini menyebabkan penggunaan minyak petrol masuk ke ruang pembakaran enjin lebih banyak terutamanya semasa kenderaan sedang tinggi tahap kelajuan. Lantaran itu, inovasi telah tercipta dengan adanya Storm Bullet System seperti penyaluran udara perlu ditambah supaya udara yang diperlukan mencukupi serta mampat dan berupaya menggerakkan omboh turun naik.

Storm Bullet System ini juga membantu pemandu kenderaan dalam keadaan selesa dimana pemandu akan hanya menekan pedal minyak pada paras minima sedangkan kelajuan kenderaannya sedang tinggi dan menambahkan daya cengkaman brek kaki.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox