Apa Itu Teori Big Bang


Dalam fizik kosmologi, Letupan Besar (Big Bang) merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semesta muncul dari keadaan yang sangat tumpat dan panas lebih kurang 13.7 bilion tahun dahulu. Teori Letupan Besar adalah berdasarkan cerapan anjakan merah hukum Hubble tentang jarak galaksi yang apabila disertakan sekali prinsip kosmologi mendapati ruang angkasa mengembang menurut model Friedmann-LemaƮtre bagi kerelatifan am. Ditentuluarkan ke masa silam, pemerhatian ini menunjukkan yang alam semesta mengembang dari keadaan ketika tenaga dan jirim dalam alam semesta ini sangat panas dan tumpat. Ahli fizik tidak bersetuju sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum itu, walaupun kerelatifan am meramalkan ketunggalan graviti.

Istilah Letupan Besar digunakan bagi merujuk titik apabila pengembangan yang dicerap (Hukum Hubble) bermula — kira-kira 13.7 bilion (1.37 × 1010) tahun dahulu (±2%) — dan bagi yang lebih umum iaitu digunakan untuk merujuk paradigma kosmologi terkini menerangkan asal dan pengembangan alam semesta, begitu juga komposisi jirim awal melalui nukleosintesis seperti yang diramalkan oleh teori Alpher-Bethe-Gamow.

Satu kesan daripada letupan besar adalah keadaan alam semesta kini berbeza dari keadaan pada masa dahulu atau akan datang (evolusi semula jadi alam semesta sentiasa mengambil tempat). Daripada model, George Gamow pada 1948 dapat meramalkan, sekurang-kurangnya secara kualitatif, akan kewujudan sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (CMB). CMB ditemui pada 1960-an dan kemudian mengesahkan teori Letupan Besar mengatasi lawannya, teori keadaan tetap.






1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox