Fenomena Laut Terbelah Korea


Korea Selatan - fenomena laut terbelah sering berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Faktor semula jadi berlakunya fenomena ini adalah pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga berlaku pada jam 5 atau 6 petang selama satu ke dua jam dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Fenomena ini berlaku dua kali setahun iaitu sama ada pada Mac, Mei dan Julai. Fenomena ini hanya berlaku di Korea Selatan sahaja.






1 ulasan:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox