Apa Itu Fenomena Pancuran Meteor Perseid


Fenomena Pancuran Meteor Perseid atau Hujan Meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar selepas bulan terbenam. 

Pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. Nama Perseid diambil semperna sebahagian dari nama Perseides terletak di gugusan Buruj Perseus.

Hujan meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai hingga pertengahan bulan Ogos setiap tahun. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa.








0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox