Teleskop Gaia – Merakam 1 Bilion Bintang Di Bima Sakti


Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah pun menghantar teleskop angkasa Gaia pada 19 Disember 2013, yang mana akan merakamkan gambar galaksi dalam bentuk 3D yang sangat jitu. Teleskop angkasa ini dijangka akan menganalisa dan merakamkan hampir 1% daripada bintang yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti ini.

Mengikut anggaran kasar, ia dikatakan terdapat hampir 100 bilion bintang didalam Bima Sakti.

Dengan membuat penganalisaan menggunakan teleskop angkasa Gaia ini, ia dijangka akan memberikan para pengkaji dan penganalisa lebih banyak info dan data, sekaligus menyumbang untuk pengetahuan berkaitan bagaimanakah galaksi kita terhasil dan berkembang sehingga sekarang.

Gaia dijangka akan berada diangkasa sehingga 5 tahun, dimana ketika tempoh tersebut, ia bakal menganalisa pelbagai jenis posisi bintang lebih kurang 70 kali untuk setiap satunya. Kemudiannya, ia bakal digunakan untuk membuat peta 3D untuk galaksi Bima Sakti yang turut dihuni Bumi.




1 ulasan:

  1. Maju betul teknologi eropah ini..................daftarlah di laman ini untuk mendapatkan facebook fanpage like,twitter follower dan macam2 lagi secara percuma http://www.addmefasts.com/

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox