Lebuh Raya Solar - Jalan Raya Pintar Dengan Penel Tenaga Solar



Jalan raya pintar dengan penel tenaga solar. Satu inovasi baru jadikan jalan raya sebagai sumber tenaga. Di Amerika Syarikat projek Solar Roadways sedang dibangunkan bagi melihat sama ada jalan raya yang mempunyai panel solar, paparan LED dan sistem pemanas boleh dijadikan realiti. Projek ini adalah buah fikiran pasangan suami Isteri Scott dan Julie Brusaw. Mereka menyedari terdapat banyak jalan raya yang sentiasa disinari matahari. Luas permukaan jalanraya di Amerika Syarikat sekiranya digabungkan adalah lebih besar dari keluasan stesen janakuasa solar yang sedia ada. Dari idea menyepadukan jalan raya dengan panelk solar pada tahun 2006, Solar Roadways kini juga menyepadukan panel paparan LED dan sistem pemanasan jalan raya kepada modul sedia ada.


Paparan LED membolehkan maklumat terkini trafik dipaparkan atas permukaan jalan raya seperti penutupan laluan, kemalangan ataupun amaran cuaca. Sistem pemanasan pula membolehkan jalan raya berfungsi sepanjang tahun tanpa masalah ditimbun salji serta black ice yang mengakibatkan kemalangan. Jalan raya pintar Solar Roadways mungkin akan akhirnya mengubah jalan raya yang dahulunya digunakan oleh kenderaan berkuasa petroleum yang tidak mesra alam kepada penjana tenaga hijau di masa hadapan. Terdapat juga perancangan menyepadukan kabel elektrik dan telekomunikasi ke dalam modul Solar Roadways yang berbentuk hexagon. Ini akan mengurangkan jumlah kabel yang dipasang di tepi jalan. Ini sebuah lagi idea baru yang ingin mengurangkan pergantungan kita kepada bahan api fosil.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox