Baru Petronas Primax 95 Advanced Energy Formula



Primax 95 Advanced Energy Formula dihasilkan untuk memberi kecekapan petrol lebih tinggi bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh. Ia akan menggantikan PETRONAS Primax 95 Extra di semua stesen minyak PETRONAS seluruh negara pada harga kawalan petrol RON 95.

PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula memberikan prestasi yang lebih tinggi dan mampu memberikan perjalanan yang lebih jauh untuk kenderaan yang menggunakannya. Bukan sahaja membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik.


Bahan api itu turut digunakan dalam perlumbaan Formula Satu tahun ini untuk pasukan Mercedez AMG PETRONAS dengan setiap perlumbaan ditamatkan menggunakan petrol kurang 30 peratus berbanding perlumbaan tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox