Dunia Iktiraf Saintis Malaysia



Tiga ahli akademik tempatan menempa nama di peringkat dunia apabila dinobatkan sebahagian daripada individu yang memiliki minda saintifik terkemuka di dunia.

Mereka ialah Prof Dr Abdul Latif Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia (USM); Prof Dr Ishak Hakim (Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof Dr Saidur Rahman (Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya).

Iktiraf kepakaran Mengikut firma itu dalam laporan bertajuk ‘Minda Saintifik Berpengaruh di Dunia: 2014, ketigatiga individu berkenaan diiktiraf berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing. Ini kali ketiga firma itu mengeluarkan senarai global berkenaan dengan siaran pertama pada tahun 2001.

Pengarah Urusan Institusi Kajian Saintifik Thomson Reuters, Gordon Macomber, berkata senarai global itu turut dikenali sebagai hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dan kajian di peringkat antarabangsa.

Katanya, individu yang mendapat pengiktirafan itu adalah antara kumpulan yang menghasilkan banyak artikel penyelidikan dan menjadi rujukan ahli akademik.

sumber



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox