Pluto Akan Kembali Status Planet


Pada tahun 2006, Planet Pluto telah dikeluarkan dari senarai planet oleh kerana tiada ciri ciri sebuah planet. Pluto disenaraikan dalam keluarga Planet kerdil pada tahun 2006.

Bulan bagi Pluto

Menurut laporan baru Pluto adalah sebuah Planet dengan beberapa penemuan baru. Antaranya ialah jumlah bulannya. Pluto kini mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah bulan. Jumlah yang agak besar untuk sesebuah objek yang hanya diklasifikasikan sebagai ‘planet kerdil’. Dahulunya kita hanya tahu Pluto mempunyai sebuah bulan bernama Charon. Namun dengan kemajuan teknologi hari ini, kita telah berjaya menemui 4 buah bulan lain mengelilinginya.

Selain itu, Pluto juga merupakan kekal menjadi objek (saiz) yang paling besar mengorbit di dalam kawasan belakang daripada orbit planet Neptune. Pada tahun 2005 lepas, apabila Eris ditemui, ramai menyangkakan Eris mungkin sama saiz, malah lebih besar daripada Pluto. Namun, setelah lebih banyak pemerhatian dibuat, kini jelas Eris tidaklah sebesar yang disangka, dan Pluto kini kekal objek yang paling besar di dalam kawasan nun jauh di belakang Neptune.

Pluto mempunyai atmosfera. Walaupun pelik bunyinya tetapi hakikatnya ialah Pluto tetap mempunyai sebuah lapisan atmosfera nipis yang terdiri daripada gas metana. Sesuatu keadaan yang boleh dianggap agak janggal jika ia dimasukkan ke dalam kumpulan ‘planet kerdil’.

Misi Julai 2015.Sebuah satelit diberi nama "New Horozon" akan dihantar ke Pluto. Ketika itu barulah kita akan dapat tahu dengan pastinya keadaan fizikalnya.dan banyak lagi ‘rahsia’ Pluto akan mula terbongkar nanti.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox