Simptom Virus Ebola



Apa itu Virus Ebola ?
Penyakit virus Ebola yang juga dikenali sebagai EVD adalah penyakit jangkitan virus yang perah dengan menunjukkan ciri-ciri seperti flu dan pendarahan dalaman yang teruk. Kadar untuk selamat adalah sengan rendah. Kira-kira 60 hingga 90 peratus orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.

Ebola Bermula
Ebola mula dikesan pada tahun 1976 di Nzara, Sudan dan juga Yambuku, Zaire (Republik Demokratik Cango). Di Zaire, kampung di mana wabak ini mula dikesan adalah berdekatan dengan sungai bernama Ebola. Di situlah di mana virus ini mendapat nama.

Kelawar buah dikatakanmerupakan binatang yang dikenalpasti menjangkiti manusia dengan penyakit berkenaan. Di Afrika, interraksi antara manusia dengan binatang seperti chipanze, gorila, monyet, antetop dan landak juga antara punca penyebab berjangkitnya virus ini kepada manusia.

Bagaimana Ebola Berjangkit ?
Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanyalah berjangkit melalui sentuhan bendalir badan, seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan individu yang sangat berisiko tinggi jika tidak memakai pakaian yang selamat, seperti topeng, gaun dan sarung tangan.

Simptom Ebola
  • Selesema
  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Ruam
  • Kegagalan ginjal berfungsi
  • Pendarahan dalaman atau luaran
  • Virus ini akan mula menunjukkan kesan antara 2 hingga ke 21 hari.

Rawatan Ebola
Buat masa sekarang, masih belum ada. Sekadar beberapa vaksin yang masih lagi dalam ekperimen percubaan. Doktor kebiasaanya akan menyediakan penjagaan tambahan yang lebih rapi kepada pesakit, termasuk bantuan oksigen, permindahan darah dan rawatan mengelakkan jangkitanpenyakit lain.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox