Teknologi Pengesan Status Halal



Pensyarah UTM cipta pengesan status halal | Mengetahui status halal sesuatu produk adalah wajib bagi setiap umat Islam.

Isu halal ini bukan hanya membabitkan sumber makanan yang halal namun ia saling berkait dengan sebarang produk penggunaan harian yang lebih besar konteksnya.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan keraguan mengenai coklat yang bertahun di pasaran negara dan berita itu bukan satu-satunya kes berkaitan yang diumumkan badan bertanggungjawab malah merujuk beberapa kes lain di seluruh negara, hampir setiap hari termasuk
produk kecantikan.

Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim merujuk Surah Al-Maidah ayat 88 iaitu ‘dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman’.

Atas inisiatif ini mendorong Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein memperkenalkan salah satu ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal.

Alat yang boleh diakses menerusi telefon pintar memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.

Menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.

“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan
ada tiga paparan warna,” katanya.

Aplikasi tersebut yang mula disediakan 2012, namun sehingga kini gagal diperluaskan penggunaannya meskipun ia dilihat mampu membantu ummah mencari produk halal.

“Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan kini beberapa penambahbaikan telah dilakukan meneru developer google store, apple store.

“Aplikasi ini gagal menepati fungsi dan ciri penggunaannya sekiranya kita tidak mempunyai data kelulusan halal dari pihak berwajib, kerana di setiap negeri mereka mempunyai data dan berbeza,” katanya.

Akuinya, tanpa sokongan itu akses data itu, alat terbabit menjadi terhad penggunaannya yang dibangunkan menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web, www.imbas.my.

Aplikasi tersebut berfungsi untuk mengesan ketulenan sijil halal yang diperakui menerusi telefon pintar selain turut memaparkan tarikh luput, keluaran sijil dan pemilikan halal.

Menerusi kod bar produk itu, ia akan mengeluarkan sama ada tiga warna yang dikenalpasti iaitu Hijau (mengambil dengan keyakinan); kuning (mengambil dengan berhati-hati) atau Merah (tidak mengambilnya).



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox