Kesan makanan panas dalam plastik / polisterin


Pengguna tidak menggunakan bekas plastik untuk meletakkan makanan dan minuman panas dan juga digesa mengelak menggunakan senduk plastik ketika memasak dan menyimpan makanan panas dalam bekas atau beg plastik.

Plastik yang dipanaskan adalah sumber pendedahan terhadap elemen berbahaya dan perlu mengambil langkah drastik untuk mencegahnya.

Terdapat banyak pilihan seperti kaca, seramik, keluli tahan karat untuk menyimpan atau memanaskan makanan. Selain itu, kita ada pilihan lain untuk menjadikan pembungkus dan pelapik tradisional untuk memasak antaranya daun dan kain linen atau kapas.

Menyimpan makanan dan minuman dalam bekas plastik mungkin memudahkan tetapi tidak selamat sepenuhnya. Saintis alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah kecil bahan kimia sintetik yang digunakan dalam pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan makanan yang kita makan boleh melarut resap, berinteraksi serta menyebabkan kerosakan kepada kesihatan kita dalam jangka panjang.

Kebimbangan itu telah ditimbulkan dalam Jurnal Perubatan British, Journal of Epidemiology and Community Health walaupun bahan kimia dalam jumlah kecil ini mungkin tidak berbahaya.

Banyak bahan kimia dalam plastik boleh mengganggu fungsi biasa sistem endokrin kebanyakan haiwan termasuklah manusia. Kesan daripada pengganggu endokrin ini boleh memusnahkan dan berkekalan. Janin dan bayi paling mudah terjejas kepada serangan ke atas sistem endokrin kerana tubuh mereka sedang membesar.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox