AeroMobile - Kereta Terbang Hadir 2017


Kereta Masa Depan | AeroMobile, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan yang boleh terbang telah pun memperlihatkan prototaip terkini mereka, disamping mengatakan akan memasarkan ia kepada umum bermula tahun 2017 kelak.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi oleh pihak AeroMobile sebelum dapat memasarkan kenderaan boleh terbang mereka – termasuk dari segi perundangan dan turut memikirkan mengenai bahagian jalan raya tambahan untuk menampungnya.

Melalui prototaip AeroMobile, ia memperlihatkan sayap terbang yang boleh dilipat ke belakang apabila ia digunakan sebagai kenderaan, dan perlu membuka sayap sekiranya ingin terbang. Secara kasar, ia memerlukan jarak sehingga 200meter sekiranya ingin terbang, dan lebih kurang 50 meter ketika ingin mendarat.

Pihak AeroMobile juga turut mengatakan ingin hadir dengan kenderaan terbang yang boleh dipandu automatik, tetapi tiada sebarang tarikh diberikan untuknya buat masa ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox