Apa Itu Fenomena Ekuinoks


Fenomena Ekuinoks ini akan berlaku apabila Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara Bumi atau sebaliknya setelah ia menghabiskan masanya enam bulan yang lalu di hemisfera Selatan Bumi atau di Utara Bumi.

Ketika fenomena ini berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa akan mendapati Matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. Semasa Ekuinoks berlaku, waktu siang dan malam akan sama panjang (12 jam siang dan 12 jam malam) di seluruh dunia.

Fenomena Ekuinoks membawa cuaca panas ekstrem adalah fakta yang salah kerana kedudukan Matahari tidaklah begitu hampir dengan Bumi. Fenomena yang membawa cuaca panas ekstrem adalah fenomena Perihelion dimana kedudukan Matahari paling hampir dengan Bumi dan kedudukan paling jauh dikenali sebagai Aphelion.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox