Cat Anti Nyamuk



Cat dinding anti nyamuk bakal dikomersialkan tidak lama lagi dan dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah semburan dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes sekali gus menangani ancaman wabak denggi.

Cat ini akan membunuh nyamuk yang menyentuh permukaan dinding yang mempunyai lapisan cat berkenaan. Antara kelebihnya cat ini, apa jua jenis nyamuk yang menyentuh dinding yang telah dicat menggunakan cat khas itu akan mati dalam masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 10 minit.

Cat anti nyamuk itu juga mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berkesan mengurangkan bilangan nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penggunaan semburan racun nyamuk.

Bagaimanapun, pada masa ini, pihak Kementerian Kesihatan masih menjalankan perbincangan dengan syarikat pengeluar cat sebelum dikomersialkan untuk kegunaan industri termasuk persendirian.

Walau apa pun, kos menghasilkan cas ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan harga penjualannya kelak masih belum diketahui.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox