Pesawat Solar Impulse 2 - Misi Keliling Dunia


Pesawat Solar Impulse 2 (SI2) akan memulakan misi percubaan pertama mengelilingi dunia di Abu Dhabi hari ini (9hb Mac 2015).


Menurut agensi berita Xinhua, pesawat yang dijana daripada tenaga suria, S12 itu akan dipandu oleh dua juruterbang iaitu André Borschberg dan Bertrand Piccard dari Switzerland.

Jelas agensi itu, S12 akan berlepas dari Abu Dhabi dan teruskan misi penerbanganya ke Muscat di Oman, India dan Myanmar sebelum menuju ke China seperti yang dirancang untuk singgah di Chongqing serta bandar pantai di Nanjing.

Dalam pada itu, pesawat itu juga akan ke Phoenix dan New York dan selepas itu akan melalui Lautan Pasifik sebelum menuju ke Haiwai dan kemudian ke Atlantik.

Misi keliling dunia itu dijangka berakhir setelah S12 menjelajah ke selatan Eropah atau utara Afrika sebelum kembali ke Abu Dhabi.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox