Ubat Antibarah / Kanser Berjaya Dihasilkan Daripada Kunyit



Sinar Harian | EHERAN - IRAN . Ubat menggunakan teknologi nano yang terbukti berkesan memerangi barah berjaya dihasilkan di Iran.

Agensi berita ISNA melaporkan, Pusat Penyelidikan Barah di Universiti Sains Perubatan Teheran telah menghasilkan sejenis ubat nano berasaskan polimer yang dibuat tanpa menggunakan pemangkin beracun.

"Ia telah menjalani ujian klinikal dan turut diuji ke atas beberapa pesakit barah. Kajian dilakukan pakar menunjukkan sebatian kurkumin yang terdapat di dalam kunyit mempunyai bahan antibarah selain antioksidan dan antiradang," kata jurucakap Majlis Inisiatif Teknologi Nano, Dr Ali Mohammad Alizadeh.

Menurutnya lagi, ubat itu terbukti tidak beracun walaupun diambil dalam dos yang tinggi

Difahamkan, ujian klinikal peringkat kedua sedang dijalankan untuk menguji keberkesanannya untuk merawat barah payudara dan saluran penghadaman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox