Kenapa Nenas Menyebabkan Luka Kecil Pada Mulut


Nenas merupakan sejenis buah tropika yang lazat. Ia merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi.

Walaubagaimanapun, terdapat komponen bahan kimia pada buah nenas yang boleh menyebabkan luka kecil pada tisu mulut sekiranya diambil secara berlebihan. Bahan kimia tersebut dinamakan enzim bromelain. Enzim ini merupakan salah satu dari kumpulan enzim protease yang dapat menghidrolisis (menguraikan) protein. Enzim protease sebenarnya terdapat di dalam hampir semua jenis buah-buahan, namun tahap protease di dalam nenas dicatatkan paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi si pemakannya dengan cara merungkaikankan ikatan protein pada mulut yang akhirnya menyebabkan luka kecil.

Enzim bromelain yang terdapat pada nenas juga merupakan sejenis sistem perlindungan dirinya. Contohnya, adakah di kalangan kita pernah melihat serangan ulat dan serangga pada buah nenas. Tentu tidak bukan? Namun ulat dan serangga sangat gemar menyerang buah-buahan lain seperti jambu, tembikai, epal dan sebagainya. - sumber

  


0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox