Minyak Afdhal Herba - Minyak Goreng Baik Untuk Kesihatan


Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan minyak untuk menggoreng yang dapat menyerap minyak serta megurangkan risiko penyakit. 

Hasil penyelidikan sejak 2008 oleh Prof Dr Suhaila Mohamed dari Insititut Biosains UPM, ia boleh igunakan untuk sebanyak 80 kali.

Penggunaan Minyak Afdhal memberi faedah kesihatan kepada pengguna kerana dapat mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng, mengurangkan kadar kolestrol darah dan trigliserida.
 
Minyak ini dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan herba dikenali sebagai Rutaccaea dan ia bertindak sebagai antibakteria, antihistamin selain dapat mengurangkan kolestrol darah serta memberi perlindungan terhadap penyakit kanser.

Minyak itu juga boleh dicampurkan dengan minyak goreng lain. Minyak Afdhal Herba ini menerima pengiktirafan pingat emas BioMalaysia 2012, pingat gangsa pada Pencipta 2013 dan Penghargaan Inovasi Kementerian Pendidikan 2013. - sumber



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox