Bahaya Figure-Up - Tercemar Dengan Racun Berjadual Sibutramin


Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama 'Figure-Up' daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan.

Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan.

Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox