Penemuan Bukti Sumber Air di Marikh - 2015


Sumber air di planet Marikh bukanlah sesuatu yang baru untuk dibincangkan. Terbaru, kini NASA telah membuat pengumuman salah satu penemuan menarik pada ekspedisi mereka di Marikh, mengatakan mereka telah menemui bukti memperlihatkan cecair seperti air mengalir pada permukaan planet berkenaan.

Perkara ini sekaligus memberikan petanda yang mana Marikh bukanlah sebuah planet yang kering-kontang, sebaliknya mempunyai sumber pengaliran air. Ini sekaligus mungkin menjadikan planet berkenaan mesra dengan kehidupan.

Menurut NASA, pengaliran air di Marikh bukanlah dalam bentuk sungai atau laut seperti di Bumi. NASA mengatakan mereka masih tidak menemui ia secara fizikal, sebaliknya daripada rakaman data yang dikumpulkan selama bertahun, ia menunjukkan pembentukkan cerun dan jalur berwarna gelap yang hadir dan hilang pada sesuatu tempoh masa.

Wujudnya garam di dalam garisan-garisan hitam di celah celah batuan, seterusnya menunjukkan garisan ini wujud hasil aliran air yang ‘masin’ dalam waktu-waktu tertentu. Air di atas permukaan Marikh ini wujud dalam keadaan tertentu dan ia bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu di sana. Garisan-garisan yang digelar  Recurring Slope Lineae (atau RSL), ia telah pun  pertama kali dilihat pada tahun 2011. Namun begitu, walaupun ketika itu saintis sudah pun merasakan kesan-kesan garisan itu disebabkan aliran cecair, tetapi ia belum dapat dibuktikan secara pasti. Kini 4 tahun kemudian, tahun ini 2015, setelah banyak pemerhatian dan pencerapan terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai RSL ini, saintis telah dapat melihat perubahan bentuk garisan-garisan ini dengan begitu jelas.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox