Tapis Jerebu Kepada Sumber Minyak


Carbon Engineering ialah sebuah syarikat dari Kanada dengan idea yang mungkin merubah dunia sumber tenaga alternatif. Sistem penyerap karbon dioksida yang sedang dibangunkan mereka mampu merubah gas rumah hijau ini menjadi sumber minyak di masa hadapan. Sistem kipas gergasi menyedut udara tercemar dari atmosfera dan mengalirkannya ke dalam sistem yang menapis karbon dioksida. Gas yang terlarut kemudian disimpan sebelum diubah menjadi “low carbon crude”. Ini kemudian boleh diproses menjadi bahan api yang boleh digunakan oleh kereta dan kapal terbang.  Carbon Engineering merancang untuk membina stesen penyedut karbon dioksida secara besar-besaran menjelang 2018. Stesen ini dijangka dapat menghasilkan 10000 tong minyak mentah setahun dari karbon dioksida.





1 ulasan:

  1. Nanti boleh recyle balik asap kete jadi minyak.. boleh jalan je sejauh-jauhnye.. memang excellent la idea diorang ni

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox