Zombie Tit - Burung Si Pemakan Otak



Kecil menawan, ditambah pula dengan bulunya yang berwarna-warni, namun awas! Jangan terpedaya dengan penampilan itu kerana ia sangat  ganas  dan bahaya.

Ia yang dimaksudkan ialah burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai burung zombie tit adalah antara burung yang merbahaya di dunia.

Memetik laporan Oddity Central, melaporkan bahawa burung ini sejenis burung daripada kumpulan omnivor (yang memakan tumbuhan dan juga daging).

Walaupun burung ini memakan tumbuhan dan serangga, namun adakalanya burung ini bertindak ganas dengan membunuh burung lain dan kelawar.

Burung ini dikatakan berasal dari sub-kumpulan Paridae. Ia boleh ditemui di sepanjang Eropah, Timur Tengah, di tengah-tengah antara benua Eropah dan Asia, Utara Asia serta Afrika Utara.

Menurut penduduk tempatan burung ini dinamakan zombie tit kerana caranya membunuh mangsanya.

Dilaporkan bahawa burung ini menyerang mangsa secara serangan hendap sama ada ketika burung-burung berada dalam sarang atau ketika kelawar sedang berhibernasi pada waktu siang.

Pada waktu itu zombie tit akan menerkam kepala mangsa, lalu mematuk tengkorak hingga pecah sebelum menjamah otak segar.

Ada ketikanya zombie tit ini bertindak lebih rakus dengan melakukan serangan ke atas spesies burung yang sama jenis semata-mata untuk mencuri makanan yang disimpan oleh burung tersebut.
Yang mana satu lagi tabiat lain pemakanan burung dan kelawar ini ialah suka menjamah bangkai.

Meskipun ia hanya bersaiz 12.5 sentimeter hingga 14 sentimeter, namun ia dianugerahkan paruh yang sangat kuat hingga  mampu memecahkan kacang hazel serta biji-bijian.
Maka tidaklah menghairankan apabila burung ini mampu memecahkan tengkorak burung lain dan kelawar.

Dalam pada itu, burung ini juga dikatakan menyerang haiwan berbisa lain seperti kala jengking dan juga labah-labah.

Burung ganas ini diketahui tidak suka berpindah randah, sebaliknya hanya berpindah sekiranya cuaca terlalu sejuk di musim salji. Ia membuat sarang di dalam batang-batang pokok.

Walaupun ia kecil namun burung ini mampu bertelur sehingga 12 biji telur dalam satu-satu masa.
Meskipun begitu hanya dua ekor sahaja yang biasanya kekal hidup.

Selain itu, burung ini juga mempunyai suara yang merdu, intonasi suaranya sangat nyaring dan sedap didengar malah boleh menghasilkan sehingga 40 siulan daripada intonasi suara tersebut.

Namun , siapa sangka, malah mangsa sekalipun tidak kenal akan pemangsa ini, yang kelihatan begitu indah namun sebaliknya.

[sumber]



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox