Benarkah Bumi Akan Bergelap 15 Hari?


Masej viral mengenai Bumi akan bergelap muncul kembali di media sosial selama 15 hari bermula 15hb. 11. 2015 sehingga 31hb. 11. 2015 disebabkan dihalang oleh planet Jupitus dan Neptune.

Adakah ia benar? secara ringkasnya ia adalah tidak benar (palsu) hanyalah cerita palsu.

Besarkan Gambar

Dari segi sains ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku kerana :-
  1. Planet Jupiter dan Neptune tidak akan menghalang Matahari kerana orbotnya berada jauh dari orbit Bumi.
  2. Hanya Planet Utarid dan Zurhrah sahaja yang boleh melintasi di hadapan Matahari, dan ia tidak akan melindungi sepenuhnya. Ia dipanggil sebagai Transit.
  3. Hanya Bulan sahaja boleh menutupi matahri, menerusi fenomena gerhana Matahari penuh.
  4. Tidak wujud kajian NASA yang mengatakan 15 hari bergelap.
  5. Planet Jupitus tidak wujud, yang wujud ialah Jupiter.
Begitu juga dengan viral dimana Marikh berpusing mengikut arah yang berlawanan. [Klik sini untuk penjelasan]





0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox