Kafein Boleh Mencegah Rambut Gugur


Hasil kajian yang dilakukan mendapati minuman kopi juga mampu mencegah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Kajian itu menunjukkan bukti bahawa apabila kafein menembusi jauh ke dalam umbi rambut, ia akan melindungi rambut daripada kesan negatif testosteron dan keguguran rambut secara pramatang. Sari kafein, yang menghasilkan tenaga diperlukan dalam fasa pertumbuhan rambut serta mampu bertindak balas terhadap kesan testosteron yang menyebabkan botak.

Bagaimanapun rawatan ini tidak begitu berkesan bagi tujuan pemulihan, tetapi lebih kepada pencegahan.

Orang muda patut mendapatkan rawatan pencegahan ini apabila mula mencapai usia baligh, terutama yang mempunyai sejarah genetik ini boleh dipastikan berdasarkan sejarah keadaan rambut bapa dan datuknya.

Meminum kopi tidak memberi kesan sama kerana dos kafein yang diperlukan untuk sampai ke umbi rambut ialah kira-kira 40 hingga 50 cawan minuman kopi dan ia dengan cepat terlarut serta dikumuhkan oleh tubuh. Sari kafein hendaklah dikenakan secara terus pada kulit kepala sama ada dalam bentuk shampu kafein mahupun sebagainya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best Viewed With Firefox